Aku percaya jodoh, ajal dan rezeki mmg dah ditentukan oleh Allah untuk setiap individu.. yang membezakan samada lambat atau cepat semua itu hadir..
Jodoh..sememangnya semua manusia inginkan yang terbaik..tapi tak semua dapat memiliki pasangan yang terbaik..belajar dari pengalaman orang lain, mmg aku cukup berhati2 untuk memlih pasangan..cukup cerewet..tapi..bkn cerewet dari segi rupa paras..jangan salah faham ok! aku bukan jenis yang memandang rupa paras yang hensem untuk dijadikan teman hidup..tapi aku memandang dari segi sifat peribadi..aku inginkan lelaki yang boleh membimbing aku, yang bertanggungjawab, yang menyayangi aku seadanya dan yang boleh menjadi ketua keluarga, suami serta ayah yang baik untuk anak2 aku kelak..insyaAllah..
Ajal...setiap orang akan menemui ajal...tapi kita tak tahu bagaimana kita akan menemui ajal..moga2 kita menemui ajal dengan cara yang baik..Amin..sekarang ni sana sini kes bunuh..sana sini kemalangan..ngeri aku tgk..Nauzubillah..nyawa mereka diambil tanpa kita sangka..baru2 ni kawan adik aku dibunuh..berita terpampang dimuka depan sebuah akhbar..MasyaAllah..mmg tak disangka..mangsa dikenali dgn sikap yang baik, sopan..mmg tak sangka nyawanya diambil sekejam itu oleh orang yang tidak bertanggungjawab..mungkin ada hikmah dan pengajaran yang boleh kita ambil dr peristiwa itu..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Amin..
Rezeki..rezeki masing2 tak sama..ada yang senang..ada yang susah..tapi jgn kita lupa..setiap dari harta orang kaya ada bahagian orang yg miskin..sbb tu kita kena beri zakat..so bila da senang tu, ada harta lebih2 jgn ar membazir beli kete 2, 3 bijik..joli sana sini..ingatlah orang2 yang susah..yang tak cukup makan..yang hidup merempat..mungkin skrg hidup aku tak begitu senang..tapi aku tak merasakan aku dalam golongan orang2 yang susah..kerana aku tau ada banyak lagi orang yang lbh susah dari aku..aku bersyukur dgn apa yang aku ada skrg..Alhamdulillah..sesekali mungkin aku ada merungut bila tekanan diberikan..sebagai manusia aku mmg tak boleh lari dari membuat kesilapan..tapi insyaAllah aku akan berusaha mengubah diri aku untuk jadi lebih baik..dan lebih menghargai orang2 sekeliling aku yang menyayangi aku... (^_^)
No comments:
Post a Comment